Friday, January 5, 2018

Ulang tahun kelahiran Aiman yg ke 14 tahun

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke 14 Aiman sayang. Semoga jadi anak yang baik dan soleh yang sentiasa mendoakan kedua orang tua. Tahun ni tahun pertama aiman sambut ulang tahun kelahiran tanpa mama. Sedih... ntahlah apa perasaan Aiman. Aiman anak yang kuat, selalu menangis di belakang kami. Tak mau tunjuk ngan orang lain. Tapi auntie ni Aiman tak payah tipu. Auntie jaga Aiman dari kecil. Auntie tau la...

Tak terasa beberapa hari saja lagi genaplah setahun pemergian kak Uyah. Macam baru semalam... next week kami berkumpul di kampung untuk kenduri tahlil arwah kak Uyah.



Ucapan harijadi terakhir dari mama Aiman untuk Aiman... last year... I miss her so much.. orang yang akan sentiasa jadi orang pertama ucapkan selamat harijadi untuk kami dan yang akan selalu belikan kek... Ya Allah kuatkn hatiku.

Wednesday, June 21, 2017

Rindunya kami dengan arwah kak uyah. Semalam awal pagi lagi abg tuah whatsapp kami dia bagitau teringat2 dengan arwah. Kak uyah, tak lama lagi hari raya, tahun ni paling menyedihkan, merupakan tahun pertama keluarga kita tak complete. Macamanalah situasinya ni nanti. Aiman siap suruh beli cermin mata hitam untuk raya ni. Aiman cakap confirm menangis2. Aku pun kena ready ubat sakit kepala. Iyalah,aku ni kalau menangis ja mesti sakit kepala 1 hari. Tadi pun drive sorang tiba2 menangis teringat arwah. Selalu kalau raya dia paling sibuk. Sibuk di dapur, hias2 rumah dan membersi
Syukurlah juga, so far anak2mu ok ja. Mama baru dorang pun jaga mia dan azan dengan baik. Mia sudah macam boleh berdikari. Azam pun sudah semakin berisi badanya. Terima kasih mama baru aiman,mia dan azam sebab jaga dorang. Walaupun tak pernah bercakap dengan dia, tapi mia dan azam tak pernah cakap yang mama baru dia tak baik. Tak pernah juga mia cakap kena marah.
Cuma setiap kali aku balik kampung, aku kesian tengok aiman. Dia seperti mengharapkan kasih sayang kmi. Selalu manja2 dengan kami macam budak kecik la pla. Hahaha... aiman... aiman..

Sunday, April 30, 2017

Selesailah sudah majlis pernikahan bekas suami arwah kakak... semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...

Tuesday, April 25, 2017

Masa yang cepat berlalu

Genap sudah 100 hari pemergian arwah kakak. Tak lama lagi bekas abg ipar akan bernikah dengan penganti arwah kakak. 30hb ni majlis akadnya. Semoga hubungan kami dengan anak2 arwah sentiasa baik...

Tuesday, March 21, 2017

Menangis lagi

19 March 2017

Sebelum hantar adik balik labuan, kami singgah dulu di kubur arwah kak uyah. saya cuba menahan airmata supaya adik beradik yang lain tak nampak. huhuhu...



20 March 2017

Pagi saya pergi labuan. balik petang tu sebelum balik rumah, saya singgah di kubur arwah kak uyah. seorang diri ok. apa lagi, tu la masanya saya menangis di sana. sepanjang perjalanan balik rumah tu, saya meraung sekuat hati dalam kereta sambil driving. tak boleh bawa laju sebab mata kabur penuh air. hehehe...



21 March 2017

Hari ni majlis pertunangan bekas abg ipar saya. selamat bertunang, semoga berkekalan dan bahagia hingga ke jinjang pelamain.


Thursday, March 16, 2017

Sentiasa ada

17 March 2017

Adalah sorang akak kat opis saya ni suka pasang lagu favorite arwah kak uyah ni. kakak ni nama kak yana, dia kalau mnyanyi suara memang best. dari sebelum arwah kak uyah pergi pun saya selalu nampak kak yana ni banyak ciri2 yang sama dengan arwah kak uyah ni. selalu mengingatkan saya dengan arwah ni. kadang2 keluar juga airmata ni menghadap pc.



Nilah kak Yana...




Esok saya dan adik (diana) plan nak balik kg. semoga hati saya tabah dan kuat. almaklumla... mata saya ni mudah sangat mengeluarkan airnya.. hehehe

Oh ya, lupa pula nak cerita. 15 march tu saya attend 1 program kesihatan. dipendekkan cerita yang penceramah bab kanser hati tu merupakan salah seorang doktor pakar yang terlibat dalam pembedahan arwah kak uyah ni. saya pun bertanya pada doktor ni apa punca sebenar kematian arwah. dia cakap pendarahan yang tak berhenti2. punca pendarahan tu yang buat pakar waktu tu pening... yang menjadi tanda tanya di kepala saya ni, dorang tak check keadaan darah dulu kah sebelum melakukan pembedahan tu. cuma untuk positifkan diri saya ' iyalah, doktor tu semua pakar, tapi mereka juga manusia, hanya Allah yang berhak'. dah janji dia Dengan Allah nak balik padaNya. 

Tuesday, March 14, 2017

Seawal itu

12 march 2017

Saya dapat panggilan telefon dari bapa di kampung. berita yang disampaikan benar2 membuat seluruh badanku bergegar. saya sendiri tak pasti samada berita itu mengembirakan, menyedihkan atau apa. yang pastinya airmata ni tak henti2 keluar. mungkin juga kecewa dan sedih. bapa memaklumkan bahawa suami arwah kakak memberitahu dia akan bertunang pada 21hb ni. aduhai kakak....saya rasa cinta itu tak sekuat semangatmu. cepat benar rasanya dia melamar pengantimu. Terasa seperti cintamu dikhianati. Baru 2 bulan kau pergi. Kami sekeluarga cukup terkilan. Tapi jodoh dan maut itu di tangan tuhan. Kita hanya mampu merancang, hanya Tuhan menentukan. saya memikirkan macamna nanti anak2nya. akan terpisahkah dari kami. mengikut perkiraan bekas suami arwah kakak, anaknya yang sulung akan tinggal dengan atuknya di kampung, 2 lagi anaknya, mia dan azam akan di bawanya bersama. Ya Allah.... semoga ikatan mereka adik beradik akan sentiasa teguh dan utuh walaupun tinggal berasingan nanti.


14 March 2017

Hari ni mama dari kampung datang sini, labuan. mama cerita, pagi ahad lepas mia cerita dengan neneknya "nek, di malam aku mimpi aku kena tinggalkan di rumah orang lain. ada org lain juga di rumah tu". sedih saya mendengarkan. adakah mungkin mimpinya itu merupakan hint. mia... auntie minta maaf... kalau auntie tinggal di kampung tu auntie akan cuba bincang dengan daddy mia. biar auntie yang jaga. tapi... auntie jauh, auntie tak dapat fight untuk mia. kalau auntie bawa mia tinggal labuan, auntie yakin daddy mia tak kan setuju. macamana pun mia tetap anak daddy mia. dia lebih berhak. sebenarnya tadi auntie nak tidur, sewaktu pejam mata tu auntie teringatkan arwah mama mia. terfikir2kan aiman, mia dan azam. huwawaw... auntie takut. takut nanti kamu tak rapat lagi dengan auntie. sedangkan auntie anggap kamu dari kecil macam anak auntie sendiri. aireen pun rapat dengan kamu. dulu mama mia banyak tolong auntie. kalau mama mia beli baju, buku atau mainan untuk mia,mesti aireen pun dapat. Sakit demam kita, dialah orang pertama yang muncul dan membebel suruh pergi hospital. Tapi dia sakit, susah untuk kami paksa pergi hospital. Hal nilah yang atuk mia katakan sambil menangis ketika jenazah baru sampai rumah. "Kenapa dia yang pergi dulu, kalau kami sakit dipaksa kami ke hospital, dia sakit, dia tahan".sekarang ni auntie asyik lap airmata rindukan arwah mama mia. Teringat detik2 subuh tu ketika jenazah baru sampai rumah sehinggalah orang kampung datang. rupanya auntie belum sedekahkan AlFatihah seperti malam2 sebelum ni. Alhamdulillah, setakat ni doa dan sedekah untuk arwah sentiasa auntie buat. Semoga pahalanya sampai kepada arwah. aiman, mia dan azam jadilah anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan mama mia. semoga dengan doa kamu tu nanti arwah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. aminn ya Rab..