Tuesday, March 14, 2017

Seawal itu

12 march 2017

Saya dapat panggilan telefon dari bapa di kampung. berita yang disampaikan benar2 membuat seluruh badanku bergegar. saya sendiri tak pasti samada berita itu mengembirakan, menyedihkan atau apa. yang pastinya airmata ni tak henti2 keluar. mungkin juga kecewa dan sedih. bapa memaklumkan bahawa suami arwah kakak memberitahu dia akan bertunang pada 21hb ni. aduhai kakak....saya rasa cinta itu tak sekuat semangatmu. cepat benar rasanya dia melamar pengantimu. Terasa seperti cintamu dikhianati. Baru 2 bulan kau pergi. Kami sekeluarga cukup terkilan. Tapi jodoh dan maut itu di tangan tuhan. Kita hanya mampu merancang, hanya Tuhan menentukan. saya memikirkan macamna nanti anak2nya. akan terpisahkah dari kami. mengikut perkiraan bekas suami arwah kakak, anaknya yang sulung akan tinggal dengan atuknya di kampung, 2 lagi anaknya, mia dan azam akan di bawanya bersama. Ya Allah.... semoga ikatan mereka adik beradik akan sentiasa teguh dan utuh walaupun tinggal berasingan nanti.


14 March 2017

Hari ni mama dari kampung datang sini, labuan. mama cerita, pagi ahad lepas mia cerita dengan neneknya "nek, di malam aku mimpi aku kena tinggalkan di rumah orang lain. ada org lain juga di rumah tu". sedih saya mendengarkan. adakah mungkin mimpinya itu merupakan hint. mia... auntie minta maaf... kalau auntie tinggal di kampung tu auntie akan cuba bincang dengan daddy mia. biar auntie yang jaga. tapi... auntie jauh, auntie tak dapat fight untuk mia. kalau auntie bawa mia tinggal labuan, auntie yakin daddy mia tak kan setuju. macamana pun mia tetap anak daddy mia. dia lebih berhak. sebenarnya tadi auntie nak tidur, sewaktu pejam mata tu auntie teringatkan arwah mama mia. terfikir2kan aiman, mia dan azam. huwawaw... auntie takut. takut nanti kamu tak rapat lagi dengan auntie. sedangkan auntie anggap kamu dari kecil macam anak auntie sendiri. aireen pun rapat dengan kamu. dulu mama mia banyak tolong auntie. kalau mama mia beli baju, buku atau mainan untuk mia,mesti aireen pun dapat. Sakit demam kita, dialah orang pertama yang muncul dan membebel suruh pergi hospital. Tapi dia sakit, susah untuk kami paksa pergi hospital. Hal nilah yang atuk mia katakan sambil menangis ketika jenazah baru sampai rumah. "Kenapa dia yang pergi dulu, kalau kami sakit dipaksa kami ke hospital, dia sakit, dia tahan".sekarang ni auntie asyik lap airmata rindukan arwah mama mia. Teringat detik2 subuh tu ketika jenazah baru sampai rumah sehinggalah orang kampung datang. rupanya auntie belum sedekahkan AlFatihah seperti malam2 sebelum ni. Alhamdulillah, setakat ni doa dan sedekah untuk arwah sentiasa auntie buat. Semoga pahalanya sampai kepada arwah. aiman, mia dan azam jadilah anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan mama mia. semoga dengan doa kamu tu nanti arwah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. aminn ya Rab..

No comments:

Post a Comment