saat ni saya sangat rindukan keluarga kami yang dulu. saya ada 8 orang adik beradik. 14 jan 2017 merupakan saat yang paling memberi kesan mendalam dalam diri kami di mana kakak (anak kedua) telah meninggalkan kami buat selamanya. pendarahan yang tak berhenti2 sewaktu menjalani pembedahan hati di hospital queen2 kota kinabalu. kami sekeluarga sangat terkilan kerana di saat akhir sebelum pembedahan kami tiada di sisinya. bukan kami tak ingin berada di sana, tp arwah lebih berkeras tidak mahu kami di sana. alasannya menyusahkan keluarga. arwah suruh kami datang selepas pembedahan. rupanya kami datang untuk mengambil mayatnya saja.
Biar saya kenalkan dulu arwah kakak saya ni:
Nama: sab*****
Umur: 39 tahun
Status: berkahwin
Bil anak: 3 orang (13, 7, 4)
Perkerjaan: pengajar di salah sebuah kolej kesihatan di sabah
12 Jan 2017.
Tarikh pembedahan di jalankan oleh 4 orang pakar. lebih kurang dalam jam 10 arwah kakak saya masuk bilik pembedahan. saya, suami arwah, suami dan anak saya serta seorang rakan karib arwah berada di luar dewan pembedahan.
kemudian dalam jam 5 ptg doktor memanggil kami dan memberitahu berlaku pendarahan yang banyak sewaktu pembedahan tdi. sekarang dia stabil dan akan di pindahkan ke ICU. hati saya cukup gembira mendengarkan keadaannya yang stabil. saya sentiasa berdoa semoga beliau cepat sembuh.
630pm kmi masuk ke Icu untuk melawat kakak saya. doktor memberitahu jantung kakak saya lemah. mereka telah menambah ubat ntah apa, sya pun tak arif bab2 ubat2an ni. doktor ckp nak opret lagi selepas 48 jam tak silap sebab nak keluarkan penampal untuk menghentikan pendarahan di hati tdi. saya tak sabar menunggu 2 hari itu untuk melihat kakak saya ceria macam biasa. kami pun balik rumah dan berehat.mengharap esok boleh sudah mendengar suaranya.
13 Jan 2017
Tiba2 tengah malam pihak hospital menghubungi kami mengatakan pembedahan perlu di lakukan segera kerana berlaku pendarahan di dalam. kami pun bergegas ke sana. kami menunggu sehinggalah dalam jam 3 pgi.abang saya (anak ke 3) juga datang ke hospital. doktor keluar dan memberitahu kami keadaanya sudah stabil. Alhamdulillah. kami pun balik ke rumah.
sekitar jam 6 pagi kami menerima panggilan dari hospital lagi dan mengatakan pembedahan perlu dilakukan sekali lagi kerana berlaku lagi pendarahan didalam. kami kesana lagi. lebih kurang dalam jam 9, doktor keluar dan memaklumkan keadaannya sudah stabil dan doktor juga mengatakan sekiranya berlaku sekali lagi pendarahan didalam, mereka sudah tidak ada cara lain, semua ubat dan cara mereka sudah lakukan. 3 kali pembedahan, 3 kali bius dalam tempoh 24 jam..itu sungguh menyakitkan. waktu tu hati saya rasa mahu menangis. Ya Allah tunjukkan dan berilah keajaibanMu kepada kakakku.
Sekitar jam 1230 tghri saya dan suami kakak masuk melawat. saya tengok muka kakak ada sikit pink tak pucat. moga ada sinar baru. kemudian saya dan bapa kami masuk. YA Allah, buat pertama kali saya melihat bapa menangis. mujur pengarah kolej kakak saya juga berada di sana. dia yang menyabarkan bapa kami. saya sendiri tak kuat. terima kasih puan. selepas bapa masuk, masuk lagi abang saya (anak ke 4). saya tengok abang berbisik sesuatu ketelinga kakak sya dan dia cuba menahan tangisnya. bapa berkeras mahu blik ke rumah kami di kampung. alasannya tiada menjaga anak2 kakak saya di kampung. sedangkan adik bungso kami ada di rumah tu menjaga anak2 buahnya.
sekitar jam 3 doktor memanggil saya dan suami kakak saya masuk. dia memberitahu nampaknya seperti berlaku lagi pendarahan. terasa luruh jantung ni mendengarkan. keluar saja dari Icu tu saya terus call adik (anak ke 6) yang berada di labuan untuk pulang segera. saya juga call kakak kami yang sulung untuk terus segera datang ke hospital di mana mengambil masa 2 jam perjalanan.
dalam jam 6 ptg doktor memanggil saya dan suami kakak sya masuk ke sebuah bilik. kami pun masuk, berdiri di depan kami 5 org doktor. salah seorang memaklumkan kami bahawa berlaku lagi pendarahan dan kakak saya tak dapat di selamatkan. saya terdiam, menangis pun tidak. saya sempat menoleh abang ipar saya yang menangis. saya terus keluar bilik tu dan meluru ke luar menuju abang saya yang menunggu di luar. saya terus memeluk dan memberitahu bahawa kakak tak dapat di selamatkan. Kami sama2 menangis. dalam jam 7 lebih barulah kakak sulung, mama, adik dan anak sulung arwah kakak saya sampai. sedih yang amat melihatkan anak sulung arwah kakak. "ma, bangun ma, bangun ma" itulah ayat yang saya tak boleh lupa sampai sekarang.
14 Jan 2017
Kami sekeluarga setia menuggu di luar Icu. aunti, uncle dan cousin pun datang dari jauh menemani kami. student dan staff kolej pun tak henti2 datang melawat. q d luar menunggu giliran masuk melawat. sekitar jam 1, kakak saya menghembuskan nafasnya buat kali terakhir.
segala urusan di lakukan dengan cepat untuk membawa pulang mayat arwah ke kampung halaman. jam 4 pagi jenazah sudah sampai di kampung. waktu menunggu hari siang, waktu itulah bapa kami menangis sekuat2 hatinya. anak arwah yang berumur 7 tahun. sentiasa ada di sisi mamanya. berulang kali dia cakap nak tengok muka mamanya. berulang kali juga dia bertanya "mama aku x sakit lagi ka auntie,sihat sudah dia? kenapa kamu x kasi pakai bajunya, knapa pakai kain saja?" . dalam hati berkata, 'mia masih kecil x tau apa2. auntie ssh mau explen'.
waktu memandikan sehinggalah jenazah dimasukkan ke dalam kubur, Mia sentiasa ingin dekat mamanya.
Ramai yang datang saudara mara, kawan2, staf dan student arwah juga datang sewaktu pengkebumian.
Ucapan terima kasih yang tak terhingga buat yang hadir.
Banyak lagi saya nak cerita.. tapi cukup lah setakat ni saja dulu. nanti bosan pula korang nak baca.
inilah wajah insan yang kami sayang dan rindu. sesungguhnya ikatan kekeluargaan kami tak akan putus. biarpun dia sudah tiada di dunia ini.
Last week bapa saya bawa Mia melawat kuburan arwah mamanya. Dia tanya Atuknya "Atuk, bolehkah aku masuk ke dalam kubur jumpa mamaku,sekejap saja" tersentuh hati seorang atuk. kami yang hanya mendengar cerita bapa kami pun berasa sedih. Apatah lagi hati seorang Atuk/bapa.

:( :( :(
ReplyDeletesedih aku mi....puasa last hari tu ada aku mama bapa sama lisa pigi kuburan..kami nda lupa doakan utk arwah kaka uyah. masa aku pigi kubur arwah mau siram air..nangis aku tapi aku tahan2 ja,..mc aku mcm x pcaya nisan yg aku pigang tu betulis nama kaka uyah..aku lap2 ja mata ku. jadi sesalan ku mi xsmpat melawat arwah. uwaaaaaaaaa